PUTRAJAYA, 9 JANUARI – Majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam bin Mustapa telah menyerahkan tugas secara rasmi kepada penggantinya, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim.
Upacara itu disaksikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Dalam majlis berkenaan, Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya, sementara Tuan Nor Hisham berikrar untuk meneruskan agenda strategik dan meningkatkan prestasi pengurusan agensi.
Pertukaran tampuk kepimpinan ini diharap akan terus memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara.




















.svg.png)

