PUTRAJAYA, 9 JANUARI – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Majlis Amanat YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, yang berlangsung di sini, hari ini.
Majlis ini diadakan bagi menyampaikan visi dan hala tuju strategik Kementerian Dalam Negeri untuk tahun 2025.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin menekankan kepentingan kerjasama antara agensi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terus terpelihara selain penerapan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam rutin kerja.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam majlis ini mencerminkan komitmen agensi dalam memainkan peranan penting bagi memastikan perairan negara berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Turut hadir, ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan dari Maritim Malaysia dan pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.





















.svg.png)

