PUTRAJAYA, 3 JANUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Majlis Ucapan dan Amanat Tahun Baharu 2025 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara maya bertempat di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya sebentar tadi.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Dato' Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin.
Antara intipati Amanat yang disampaikan Perdana Menteri, penjawat awam disarankan agar menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat melalui pengurusan tatakelola yang baik di peringkat perkhidmatan awam dan mempraktikkan urus tadbir yang lebih berkesan melalui pendekatan baharu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tersebut dalam Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung secara fizikal di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan




















.svg.png)

