PUTRAJAYA, 31 DISEMBER – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia telah berlangsung bertempat di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Putrajaya, pagi tadi.
Majlis itu telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Dalam majlis itu, para hadirin menyaksikan mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun telah menyerahkan jawatannya setelah diberi tanggungjawab baharu sebagai Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang berkuat kuasa pada 23 Disember lalu.
Untuk rekod, Laksamana Pertama Maritim Hamizan telah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Kejuruteraan bermula pada 4 Mac hingga 22 Disember 2024.
Sepanjang tempoh lapan bulan kepimpinan beliau, pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan dan pencapaian signifikan diraih, termasuk ; Penyelesaian empat kapal dalam projek Repowering Jentera Utama dan Refit Maritim iaitu KM MULIA, KM GAGAH, KM SEBATIK, dan KM PERINGGI.
Juga, Penambahbaikan Nilai Overall Availability (OA) aset kapal kepada 60 peratus dan bot kepada 80 peratus dan Penyusunan semula Manual Kejuruteraan untuk meningkatkan kecekapan operasi aset.
Keberhasilan ini mencerminkan komitmen beliau terhadap kecemerlangan teknikal Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Pada masa sama, Kepten Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin telah dilantik sebagai Pemangku Tugas Pengarah Bahagian Kejuruteraan berkuat kuasa 23 Disember 2024.
Sedikit latar belakang beliau, Kepten Maritim Mohd Rizal berpengalaman luas dalam bidang Kejuruteraan memandangkan beliau ketika ini memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun atas sumbangan beliau serta mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan Kepten Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing yang baharu.




















.svg.png)

