13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS)

KUANTAN, 24 DISEMBER – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah diadakan sempena pertukaran masuk Pengarah AMSAS yang baharu, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun bertempat di Dewan Auditorium AMSAS, semalam.

Majlis yang bermula sekitar pukul 9.45 pagi itu dihadiri oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, barisan Pengurusan Tertinggi AMSAS, warga kerja AMSAS serta para pelatih asas Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung dengan sesi menandatangani dokumen dan penyerahan tugas oleh Pemangku Pengarah AMSAS, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang kepada Pengarah AMSAS baharu, Laksamana Maritim Hamizan.

Dalam majlis itu, beliau memulakan ucapan dengan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi seterusnya mengucapkan penghargaan kepada pengurusan tertinggi Maritim Malaysia atas pemilihan dan pelantikan ini.

Beliau seterusnya menyeru semua warga AMSAS untuk bersama berganding bahu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan amanah dalam menjadikan AMSAS sebagai pusat kecemerlangan maritim yang disegani.

Sementara itu, Mohd Zawawi mengingatkan bahawa pengiktirafan yang diterima AMSAS sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa membuktikan AMSAS merupakan pusat kecemerlangan bertaraf dunia dalam melahirkan pegawai penguat kuasa yang berkemahiran dan kompeten.

Seterusnya, dengan kepimpinan yang berkualiti akan dapat menentukan hala tuju AMSAS dalam menyajikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh seterusnya memastikan AMSAS terus menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia atau centre of excellent.

 

PENGARAH AMSAS
 
PENGARAH AMSAS 3
 
PENGARAH AMSAS 4
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC