13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM NEGERI PERAK PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA ARMADA BARAT TLDM

LUMUT, 23 DISEMBER – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Haji Mohamad Azuwan bin Harun di Pangkalan TLDM, Lumut pagi tadi.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat serta membincangkan isu semasa selain perkongsian maklumat antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) khususnya Maritim Negeri Perak bersama Markas Armada Barat TLDM, Lumut.

Dalam pertemuan ini, turut diselitkan sesi penyampaian sijil penghargaan khas daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) Ibu Pejabat Maritim Malaysia kepada aset TLDM KD MAHAMIRU serta Stesen Jarak TLDM yang telah memberi bantuan ihsan CARILAMAT ke atas empat nelayan warganegara Indonesia yang ditemui di perairan Pulau Jarak pada bulan November lalu.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata antara Pengarah Maritim Negeri Perak dan Panglima Armada Barat serta sesi bergambar sebagai simbolik pertemuan antara kedua-dua pihak.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ialah Pegawai Memerintah KM GAGAH, Leftenan Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi bin Mohd Zin dan Pegawai Memerintah KM NUSA, Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Ismail.

 

KUNJUNG ARMADA
 
KUNJUNG ARMADA 2
 
KUNJUNG ARMADA 3
 
KUNJUNG ARMADA 4
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC