KUCHING, 29 NOVEMBER – Maritim Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) negeri Sarawak telah menganjurkan Forum Hal Ehwal Islam bertemakan 'Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya’irah Maturidiyyah Benteng Akidah Ummah' di Masjid Darul Naim, Maritim Negeri Sarawak.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengangkat inisiatif bagi memperkukuhkan lagi kefahaman akidah yang sahih dalam kalangan umat Islam khususnya komuniti maritim.
Selain membentuk sinergi yang kukuh dalam bidang kerjasama di antara Agensi dan JAKIM untuk melahirkan modal insan mengikut acuan dan berlandaskan ajaran Islam.
Forum ini telah disampaikan oleh Kepten Maritim Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh; antara inti pati forum ialah Umat Islam perlu sentiasa meningkatkan kefahaman ilmu akidah dalam diri sebagai benteng bagi menghadapi cabaran ideologi semasa seperti ekstremisme, liberalisme, dan ajaran sesat.
Melalui penganjuran program ini, ia telah membuktikan bahawa dengan jaringan kerjasama dan hubungan baik di antara Maritim Malaysia dan JAKIM telah membentuk satu kolaborasi yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.





















.svg.png)

