KUANTAN, 28 NOVEMBER – Sudah menjadi amalan dan budaya kerja Maritim Malaysia bahawa aspek kebajikan warganya tidak pernah diambil ringan.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab baru-baru ini telah meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana, Seksyen Operasi, Maritim Negeri Pahang, Leftenan Komander Maritim Zulhairy bin Abd Halim yang mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kanan akibat terjatuh ketika menurui tangga.
Keadaan Zulhairy yang kini semakin pulih, kelihatan ceria ketika menyambut kedatangan rombongan yang turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Mohd Yusri bin Hussin, Pegawai Laksana KM PEKAN, Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad, serta Pegawai Operasi KM PEKAN, Leftenan Komander Maritim Mohd Redzuan bin Ahmad.
Pihak pengurusan tertinggi turut menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar Zulhairy diberi kesembuhan seperti sediakala.
Maritim Negeri Pahang akan terus komited bagi memastikan kebajikan setiap warganya sentiasa diberi perhatian, secara tidak langsung menjadi bukti keprihatinan pihak pengurusan tertinggi khususnya Maritim Negeri Pahang dan Agensi amnya.


















.svg.png)

