PUTRAJAYA, 25 NOVEMBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Atase Pertahanan Kedutaan The People's Republic of China di Kuala Lumpur, Senior Colonel Liu Chao Wei di pejabatnya petang tadi.
Pertemuan ringkas itu telah membincangkan bidang kerjasama yang berpotensi dalam hubungan strategik dan keselamatan yang mungkin dapat dilaksanakan secara bersama serta sebagai tanda sokongan dan hormat atas komitmen berterusan Maritim Malaysia.
Antara lain yang dibincangkan ialah aspek pembangun kapasiti yang boleh dilaksanakan serta boleh memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.
Hadir sama dalam sesi itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony; Pengarah Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali.




















.svg.png)

