PUTRAJAYA, 23 OKTOBER – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) peringkat Ibu Pejabat Putrajaya telah menganjurkan Majlis Menandatangani Opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Pengurusan Tertinggi, hari ini.
Tujuan Majlis ini diadakan adalah sebagai simbolik bagi memulakan proses tandatangan Opsyen SSPA dalam kalangan penguat kuasa Maritim Malaysia.
Majlis menandatangan dimulakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah diikuti Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Serta akhir sekali Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa.
Menerusi majlis ini, semua pihak adalah bersetuju dan menerima pakai sistem saraan baharu ini dengan yakin dan percaya dengan hala tuju dan proses penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam dari semasa ke semasa yang disyorkan kerajaan.





















.svg.png)

