PUTRAJAYA, 24 APRIL – Counsellor of Australia Border Force (ABF) Australia High Commission, Superintendent Brooke Leung telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya pada jam 2.30 petang tadi.
Delegasi ABF telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Menanggung Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di pejabatnya sambil diiringi Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan bagi kedua-dua pihak dalam membanteras jenayah rentas sempadan maritim selain menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.