KUANTAN, 24 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Pahang, Dato' Haji Fadzilla bin Salleh di pejabatnya di Bangunan Wisma Belia Kuantan, semalam.
Kunjungan ini merupakan pertemuan julung kalinya diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala serta turut dibincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu semasa, cabaran dan usaha memperkasakan peranan agensi dan jabatan ke arah kecemerlangan bersama.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut iaitu Timbalan Pengarah Operasi Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki.
Pertemuan diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda kerjasama harmoni yang terjalin melalui kunjungan hormat ini.