KUCHING, 19 APRIL – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Sivashakaran Nair Sankunny, semalam.
Ketibaan delegasi ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.
Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.
Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.