PUTRAJAYA, 3 April – Bagi memperkukuhkan kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), satu mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Induk (JKI) telah diadakan secara fizikal dan persidangan video, pagi tadi.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, kerjasama di antara Maritim Malaysia dan DOF adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan sektor perikanan dalam negara.
Pengerusi bersama DOF dalam mesyuarat ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah.
Turut sama hadir ialah pengarah-pengarah bahagian di Ibu Pejabat serta pengarah – pengarah negeri dari kedua-dua agensi.