NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
LAWATAN INSTITUT KESELAMATN AWAM MALAYSIA (IPSOM) KE MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
LANGKAWI, 26 Januari – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima lawatan daripada Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), pagi tadi.
Delegasi IPSOM disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man serta pegawai-pegawai operasi Maritim Negeri.
Lawatan itu bertujuan melihat penugasan Maritim Malaysia ketika operasi di sempadan perairan negara dan mengenalpasti skop penugasan serta aset yang digunakan semasa operasi dijalankan.
Selain itu, lawatan tertumpu di kawasan hotspot pendaratan PATI yang mana dapat membantu kajian yang dijalankan dari segi aspek bentuk muka bumi kawasan dan kaedah yang digunakan bagi kegiatan pendaratan PATI.
Turut hadir Prof. IR. TS. DR Ahmad Athif Mohd Faudzi (UTM), TS. DR. Khaironi Yatim Sharif (UPM), DR Muhammad Luqman Mahamad Zakaria (UPM) dan beberapa staf dari IPSOM.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.