MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ATAS PEMBAIKAN KAPAL MARITIM MALAYSIA
BUKIT MALUT, 22 Januari – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah mengadakan lawatan kerja rasmi di Limbungan Boustead Langkawi Shipyard Sdn. Bhd. pada petang semalam.
Beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Bahagian Kejuteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab; Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli bin Mustafa serta lembaga-lembaga pengarah Boustead Langkawi Shipyard Sdn. Bhd.
Lawatan kerja rasmi itu bertujuan melihat sendiri kerja-kerja refit Kapal Maritim Siangin yang akan siap pada 7 Febuari ini.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.