02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MAJLIS PERJUMPAAN KONTIJEN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2023 BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menanggung tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim telah menghadiri majlis perjumpaan bersama peserta kontijen perbarisan Hari Kebangsaan 2023 siang tadi.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi itu telah diadakan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia, pegawai kanan dan ketua-ketua Jawatankuasa Induk Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023.

Dalam perjumpaan itu, Datuk Saiful Lizan telah menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para peserta kontijen perbarisan Maritim Malaysia dengan menzahirkan sokongan dan harapan terhadap anggota kontijen sebelum menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan 2023 esok.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bendera rasmi Agensi kepada ketua kontijen perbarisan sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dengan jayanya oleh seluruh anggota kontijen.

Saksikan penglibatan Maritim Malaysia dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-66 2023 di bawah komponen Keselamatan Negara yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos (Khamis), esok.

Perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2023 akan bermula pada jam 7.00 pagi, acara ini juga boleh ditonton secara langsung di semua saluran media elektronik dan platform digital nasional.

 

PERJUMPAAN
 
PERJUMPAAN 2
 
PERJUMPAAN 5
 
PERJUMPAAN 7
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC