KUANTAN, 5 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang menerima satu kunjungan hormat daripada wakil New Zealand Customs Service, Brent Litherland, Customs Counsellor (South and South East Asia) serta wakil New Zealand Immigration, Craig Johnston, Irregular Migration Liason Officer (South East Asia) dan disambut baik oleh Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, Pengarah Maritim Negeri Pahang, semalam.
Pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam setengah ini, memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua pihak bagi membincangkan isu-isu semasa serta aspek-aspek keselamatan terutamanya dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan disamping berkongsi pengalaman tentang strategi penguatkuasaan dan menangani perlanggaran undang-undang maritim.
Sejajar dengan kunjungan hormat ini, secara tidak langsung mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan harapan kerjasama yang baik ini akan berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan antara kedua-dua negara.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, dan Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Pahang.





















.svg.png)

