02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA, KARANGKRAF BINCANG USAHA SAMA STRATEGIK

SHAH ALAM, 1 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor mengadakan lawatan kerja ke kompleks Kumpulan Karangkraf bagi membincangkan beberapa usaha sama strategik jangka masa panjang.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi), Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali, lawatan tersebut bertujuan melihat gerak kerja, proses penerbitan akhbar dan pengurusan syarikat berkenaan namun, penekanan adalah kepada kempen kesedaran komuniti maritim.

Lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Maritim Malaysia khususnya berkaitan pengurusan, percetakan dan penerbitan produk Kumpulan Media Karangkraf yang merupakan sebuah syarikat penerbitan bumiputera terbesar di Malaysia.

Di samping itu, pihak Maritim Malaysia turut menzahirkan hasrat untuk mengadakan Corporate Sosial Responsibility (CSR) bagi memberi kesedaran dan impak positif kepada komuniti maritim merangkumi nelayan, pengusaha-pengusaha bot pelancong dan feri.

Delegasi seramai 25 orang itu turut ditemani Ketua Pegawai Operasi (COO) Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB), Azizi Fickry dan Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia juga merancang untuk bekerjasama dalam beberapa program temubual bersama Sinar Harian bagi memperkenalkan peranan agensi tersebut kepada orang awam.

Jalinan kerjasama dengan Karangkraf ini diharap dapat memperluaskan lagi kesedaran dalam komuniti maritim sebagai antara kumpulan sasar utama selain di peringkat sekolah atau universiti.

 

WhatsApp Image 2023 08 03 at 11.02.05 1
 
WhatsApp Image 2023 08 03 at 11.02.06 1
 
WhatsApp Image 2023 08 03 at 11.02.07 3
 
WhatsApp Image 2023 08 03 at 11.02.06 2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC