02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KUNJUNGAN DELEGASI MARITIM MALAYSIA KE VIETNAM MRCC DAN PENUTUP KURSUS SEARCH AND RESCUE OPTIMAL PLANNING SYSTEM (SAROPS)

DA NANG, 30 Jun – Delegasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang diketuai oleh Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah melakukan kunjungan hormat ke atas Mr Nguyen Van Tinh, Timbalan Ketua Pengarah Vietnam Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) bertempat di Hanoi.

Kunjungan hormat ini diadakan selepas delegasi Vietnam MRCC melaksanakan kunjungan hormat ke MRCC Putrajaya dan MYMCC pada Mac tahun ini.

Kunjungan ini dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kedua-dua agensi dalam menjalankan tugas mencari dan menyelamat di laut serta berbincang bagi meningkatkan lagi kerjasama sedia ada antara dua agensi ini.

Sempena lawatan tersebut juga, delegasi Maritim Malaysia telah melawat aset dan pusat operasi Da Nang MRCC. Seramai lima pegawai dan anggota Maritim Malaysia menjalani kursus Search and Rescue Optimal Planning System (SAROPS) di MRCC tersebut. Penyertaan daripada Maritim Malaysia pada kursus kali ini merupakan satu pengiktirafan oleh agensi serantau berkenaan kemampuan dan kebolehan Agensi ini.

Diharap pada masa akan datang, lebih banyak lagi pegawai dan anggota Maritim Malaysia dapat menyertai kursus atau latihan yang dianjurkan oleh agensi berkaitan di luar negara.

Maritim Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Vietnam MRCC dan Kedutaan Amerika Syarikat atas layanan dan kerjasama jitu yang diberikan kepada semua peserta Malaysia sepanjang berada di Vietnam.

Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderamata di antara kedua-dua agensi.

3a790f873763c6363a790f873763c636MRCCVIETNAM5   a4093c76ec21a11aa4093c76ec21a11aMRCCVIETNAM6   9b4211e04268b3599b4211e04268b359MRCCVIETNAM2   406897c2e8155d53406897c2e8155d53MRCCVIETNAM10
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC