02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN ILMIAH PENUNTUT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE KM ARAU

KOTA KINABALU, 26 Jun – KM ARAU telah menerima kunjungan Penuntut Program Sains Marin dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 19 Jun lalu sebagai salah satu program khidmat sosial awam Maritim Malaysia bersama masyarakat.

Seramai 44 orang pelajar bersama seorang pengiring iaitu Professor Madya Dr. Juanita Joseph telah mengikuti lawatan sehari itu bagi memenuhi keperluan penuntut semester dua jurusan Sains Marin, Fakulti Sains dan Sumber Alam yang mengambil kursus Basic Navigation and Seamanship UMS.

Delegasi UMS disambut oleh Pegawai Memerintah KM ARAU, Kepten (M) Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah sebelum memberi taklimat berkenaan Kapal Maritim KM ARAU kepada para delegasi, beliau juga turut berkongsi serba sedikit pengalaman mengenai kemahiran, Teknik dan amalan mengendalian kapal atau bot di laut kepada para pelajar.

Antara pegawai yang terlibat dalam menyampaikan taklimat, Pegawai Laksana KM ARAU, Komander (M) Markos ak Juing, Pegawai Operasi KM ARAU, Leftenan Komander (M) Musli bin Jaafar dan Pegawai Navigasi KM ARAU, Leftenan (M) Khairul Azizi bin Zulkifli.

Selain sesi taklimat dan penerangan, rombongan turut dibawa melawat keliling kapal dengan diiringi pegawai-pegawai KM ARAU sebelum bergambar dan bertukar-tukar cenderamata sebagai kenang-kenangan.

Pihak UMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maritim Malaysia dan khususnya pegawai serta anggota KM ARAU kerana menerima kunjungan delegasi ini.

 

567b727961b567d1b50787663ae53189LAWATANILMIAHKMARAU4   827e50cfc599b864827e50cfc599b864LAWATANILMIAHKMARAU3   d6ca6a2604957fb7d6ca6a2604957fb7LAWATANILMIAHKMARAU5   f0b2d1227e369887f0b2d1227e369887LAWATANILMIAHKMARAU2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC