03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

HKKM 2023 | PROGRAM HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM 2023 ZON MARITIM MIRI

MIRI, 16 Jun – Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim 2023 telah dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Miri.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng dan diteruskan dengan taklimat serta demonstrasi berkaitan kesedaran keselamatan maritim.

Selain itu, terdapat juga pelbagai acara yang telah dijalankan seperti pertandingan mewarna, kuiz dan pameran senjata serta kerjaya.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Hj Paing berkata bahawa objektif program tersebut diadakan adalah sebagai pendedahan awal kepada murid-murid supaya lebih peka terhadap keselamatan diri dan membuat persediaan yang rapi sekiranya ingin menjalankan sebarang aktiviti di laut.

Program tersebut diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan daripada Zon Maritim Miri kepada pihak sekolah.

 

4c5bd42fae64fc984c5bd42fae64fc98HKKMMIRI3   269c6ef4742d761a9056063beeb0b197HKKMMIRI8   365c23635b9fb0d5e2df83df12c9a667HKKMMIRI6   518251314d38633e518251314d38633eHKKMMIRI5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC