03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

HKKM 2023 | KERJASAMA ZM TAWAU DAN NGO, TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN KOMUNITI MARITIM

TAWAU, 12 Jun – Sempena Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim (HKKM) 2023 peringkat kebangsaan, Zon Maritim Tawau telah mengadakan program khas bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Tawau semasa Kejohanan Perahu Naga Peringkat Daerah Tawau di Persisiran Traulsen, semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, kerjasama itu memberi fokus kepada komuniti maritim yang terlibat dalam sukan air itu bagi mendapatkan maklumat dan penerangan berkaitan keselamatan dalam setiap aktiviti yang dilakukan di laut.

Pelaksanaan program ini bertujuan memberi kesedaran dan peringatan kepada komuniti maritim serta orang awam agar sentiasa peka mengenai keselamatan diri sebelum atau semasa berada di laut.

Selain itu, slot pameran CARILAMAT dan peralatan keselamatan utama turut diadakan di tapak acara.

Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Kerjasama yang terjalin dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan turut disokong komuniti setempat ini adalah sebahagian daripada usaha dan tanggungjawab Maritim Malaysia bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di laut dengan harapan dapat mengurangkan kes-kes kecemasan dan insiden yang tidak diingini berlaku.

Terdahulu, satu sesi temubual khas radio turut diadakan pada 9 Jun 2023 di TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda sebagai hebahan berkaitan sambutan Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim (HKKM) 2023.

Antara pengisian utama HKKM 2023 ialah taklimat keselamatan dan penggunaan alat keselamatan di laut sebagai panduan kepada komuniti maritim agar peka terhadap keperluan memiliki peralatan keselamatan dan kewajiban memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut.

 

4d0aa87f969e8c554d0aa87f969e8c55HKKMTAWAU2
 
80e39501ac8204a180e39501ac8204a1HKKMTAWAU3
 
287812f31676ad43287812f31676ad43HKKMTAWAU4
 
fa7647c3f1947fe1fa7647c3f1947fe1HKKMTAWAU5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC