03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

HKKM 2023 | ZM BINTULU SERTAI PROGRAM KERJAYA DAN PENDIDIKAN DI SMK SEBAUH

BINTULU, 12 Jun – Pada Sabtu lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh telah menganjurkan Hari Kerjaya dan Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh.

Sehubungan dengan itu Zon Maritim Bintulu telah diundang untuk mengadakan pameran bagi memberikan maklumat mengenai kerjaya sebagai anggota Maritim Malaysia selain mempromosikan Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim (HKKM) 2023 kepada murid-murid serta para pengunjung.

Seramai 13 pegawai dan anggota yang terdiri daripada pelbagai pangkat dan kepakaran telah terlibat dalam program ini bagi memberikan penerangan kepada para pengunjung yang datang ke reruai Maritim Malaysia terutamanya murid yang bakal menamatkan sesi persekolahan selepas menduduki SPM dan STPM 2023/2024.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan di reruai Maritim Malaysia antaranya pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) secara percuma, sesi kuiz berkenaan kesedaran dan keselamatan maritim yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi hadiah t-shirt Malaysia Coast Guard, sesi bergambar bersama anggota dan pegawai, melihat dengan lebih dekat replika aset Maritim Malaysia serta mencuba sendiri senjata api dan peluang mendapatkan barang cenderamata eksklusif Maritim Malaysia seperti rantai kunci, syiling kenangan serta 'patches'.

Program yang melibatkan dua buah sekolah iaitu SMK Sebauh dan SMK Tatau ini telah dirasmikan oleh ADUN Kemena, Dato Sri Stephen Rundi Anak Atom.

Dianggarkan seramai 300 pengunjung iaitu murid, ibu bapa, guru, serta kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah hadir ke reruai Maritim Malaysia dalam pameran ini.

Selain Maritim Malaysia, terdapat juga jabatan, agensi kerajaan dan syarikat swasta yang turut sama dalam program ini antaranya; Batalion Ke-2 Rejimen 510 Askar Wataniah, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Bintulu, bank-bank serta universiti/kolej awam dan swasta.

 

23140303e950808623140303e9508086CAREERFAIR5
 
baae6e6a1133004bbaae6e6a1133004bCAREERFAIR11
 
bcf68609b86a2617bcf68609b86a2617CAREERFAIR7
 
 fb5bc9aa8d26ed36fb5bc9aa8d26ed36CAREERFAIR10
 
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC