DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MN SARAWAK KE ATAS SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
KUCHING, 8 Jun – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Tuan Ahmad Nazri bin Mohd Hassan , Setiausaha Persekutuan Sarawak bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar pada pagi tadi.
Kunjungan ini bertujuan berkongsi makluman berkenaan tugas Operasi Penguatkuasaan dan Operasi CARILAMAT (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan negeri Sarawak.
Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak, Encik Yusof Mok bin Mohamad Generawi.
MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026
KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.
Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.