NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM NEGERI PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN NELAYAN
LUMUT, 18 Mei - Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup hari ini menerima kunjungan hormat Encik Lee Chu Soi, Pengerusi Persatuan Nelayan Hutan Melintang di pejabat Maritim Negeri Perak .
Turut mengiringi Pengarah Maritim Negeri Perak ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil serta pegawai dan anggota Maritim Negeri Perak.
Kunjungan ini membuka ruang untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan nelayan antaranya mengenai penggajian kru warga asing di atas bot nelayan tempatan serta gangguan penguasa asing di sekitar perairan negeri Perak amnya serta perairan Hutan Melintang khasnya.
Kunjungan ini juga dapat membantu mengeratkan hubungan di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama komuniti nelayan setempat.
Maritim Negeri Perak akan terus membantu serta beri kerjasama bersama komuniti maritim di negeri Perak untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi serta berharap seluruh komuniti maritim negeri Perak dapat mematuhi peraturan serta memelihara kesejahteraan perairan negeri Perak.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.