KOTA KINABALU, 12 Mei - Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan telah mengadakan Sambutan Riang Raya Aidilfitri pada 12 Mei 2023 di perkarangan Pejabat Maritim Negeri Sabah.
Sambutan majlis hari raya tersebut telah dihadiri seramai 420 orang dikalangan kelurga warga Ibu Pejabat MN Sabah termasuk Pengarah- Pengarah Zon Maritim bersama keluarga.
YBhg. Laksamana Pertama (M) Datuk Mohd Rosli bin Abdullah turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Suasana majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan warna - warni bunga api yang dijadikan sebagai gimik majlis sambutan tersebut yang disempurnakan YBhg. Datuk PMN.
Pihak KESMAR MN Sabah turut bersama menganjurkan majlis hari raya dengan menyumbangkan peruntukan perbelanjaan kepada sembilan buah gerai yang menyediakan juadah raya.