03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PENYAMPAIAN ANUGERAH CARILAMAT APMM 2022

PUTRAJAYA, 1 April – Maritim Malaysia merupakan peneraju operasi mencari dan menyelamat maritim (CARILAMAT) di Malaysia sejak tahun 2006.

Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, Maritim Malaysia memerlukan barisan pegawai dan petugas yang berkeupayaan tinggi serta komited melaksanakan peranan masing-masing.

Bagi mengiktiraf pencapaian terbaik warga CARILAMAT, MMEA SAR Awards diperkenalkan sejak tahun 2020.

Majlis Penyampaian MMEA SAR Awards 2022 telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Abd Rashid, Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana pada 17 Mac 2023 lalu bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Penerima anugerah bagi empat kategori MMEA SAR Awards yang terdiri daripada kategori Best MRSC 2022 telah dimenangi oleh MRSC Kuching, Best SMC 2022 dimenangi oleh Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali, Best Supportive Staff 2022 dimenangi oleh Laskar Kanan Maritim Lili Estiti binti Bacuk manakala Best SAR Asset 2022 dimenangi oleh bot KILAT 39.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang MMEA SAR Awards 2022 dan semoga pengiktirafan sebegini akan menjadi sumber inspirasi kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang lain dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada komuniti maritim di Malaysia.

 

SAR AWARDS 2023 
 
SAR AWARDS 2023 2
 
SAR AWARDS 2023 3
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC