MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
KUNJUNGAN RASMI DELEGASI 999RC, TELEKOM MALAYSIA KE MARITIM NEGERI PERAK
LUMUT, 16 Mac 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi 999RC, Telekom Malaysia (TM) pada 15 Mac lalu.
Atur cara program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan di laut yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Mohd Norhata bin Mohd Amin dengan memfokuskan kepada keselamatan dan peranan Maritim Malaysia ketika sesebuah insiden berlaku di laut.
Delegasi terdiri daripada 35 kakitangan TM yang diketuai oleh Pengurus Besar TM, Tuan Haji Anuar bin Mat Alim.
Maritim Negeri Perak sentiasa berbesar hati menerima kunjungan mesra ke Agensi seperti ini bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan pengoperasian di antara kedua-dua pihak.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.