12
Kha, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MALAYSIA - THAILAND JALANI EKSESAIS BERSAMA DI LAUT CHINA SELATAN

KUANTAN, 29 Ogos - Sea Exercise Thailand-Malaysia (SEAEX THAMAL) siri 66/22 telah dilaksanakan di Laut China Selatan pada 22 hingga 26 Ogos lalu bermula di 2nd Naval Area Command di Songkla, Thailand dan berakhir di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan.

Latihan bersama dilaksanakan di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), TLDM, Pasukan Polis Marin dengan Tentera Laut Diraja Thailand dan Polis Marin Thailand yang membabitkan penggunaan aset kapal dari kedua-dua negara.

Majlis penutup disempurnakan Panglima Markas Wilayah Laut 1,  Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy Bin Ithnain Rusli dan disaksikan oleh Chief of Staff 2nd Naval Area Command TLDT, Rear Admiral Thawatchai Pimmuang.

Turut hadir sama dalam majlis upacara penutup ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhammad Suhairy Bin Hussain di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1.

Eksesais memberi tumpuan kepada kawasan perairan sempadan Malaysia-Thailand di perairan timur Semenanjung di Laut China Selatan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX).

Tujuan utama mengadakan siri latihan adalah membina hubungan yang baik dan perkongsian maklumat bagi membentuk persefahaman dalam usaha mengawal perairan negara daripada pencerobohan serta memperkasa keselamatan maritim di laut.

a 
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC