NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
LAWATAN PENANDAARASAN EKSA ZON MARITIM TANJUNG MANIS
TANJUNG MANIS, 22 Mac - Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima lawatan dari Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 4 PgKB I Ts. Andy Anak Alie bersama rombongan dan di sambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang, pada pagi semalam.
Lawatan ini bertujuan sebagai lawatan kerja rasmi oleh pihak JBPM Sibu untuk menjadikan Pejabat ZM Tg Manis sebagai penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi persediaan awal untuk mendapatkan persijilan EKSA dan dijadikan contoh kepada Agensi/jabatan lain di sekitar Sibu.
Selain itu juga, lawatan ini turut telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara Zon Maritim Tanjung Manis dengan JBPM Sibu bagi bertukar pendapat serta berkongsi maklumat mengenai hala tuju dan kata sepakat dalam mengharungi tugasan sebagai Agensi Penyelamat terutamanya melibat kecemasan di laut seumpamanya.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Hafizuldin bin Mahmud@Hamdan, Pegawai-Pegawai JBPM Zon 4, Ketua Balai Sibu Sentral dan Pegawai Balai Bomba Tanjung Manis.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.