21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

ENAM FILIPINA MANGSA INSIDEN VESEL KARAM DISERAHKAN SEMULA KEPADA PIHAK BERJUASA FILIPINA

SANDAKAN, 19 MAC – Enam warga Filipina yang terselamat dalam insiden vesel karam tiga hari lalu telah diserahkan kembali kepada pihak berkuasa Filipina oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan sempadan Malaysia-Filipina, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada Sandakan Port Control serta Taganak Port Control mengenai sebuah vesel karam di luar had pelabuhan Sandakan pada pukul 7.30 malam, Ahad lalu.

“Sejurus menerima maklumat, operasi menyelamat segera dilancarkan dengan penghantaran Bot HALILINTAR 4 ke lokasi kejadian. Pada pukul 9.00 malam, Bot HALILINTAR 4 tiba dan berjaya menyelamatkan enam mangsa, terdiri daripada lima dewasa dan seorang kanak-kanak berusia antara 11 hingga 45 tahun, kesemuanya warga Filipina,” katanya.

Mangsa-mangsa tersebut dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan pada pukul 11.30 malam untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.

Selepas perbincangan dua hala, Maritim Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina, termasuk Pengawal Pantai Filipina dan Pegawai Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Perbandaran (MDRRMO), untuk menyerahkan mangsa di perairan sempadan dengan diiringi aset kedua-dua negara.

Penyerahan mangsa berjaya dilaksanakan pada pukul 10.30 pagi semalam di sempadan Malaysia-Filipina dengan disaksikan oleh Naib Datuk Bandar Suraida B. Ibnusali. Kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan telah diambil alih oleh pihak berkuasa Filipina.

Maritim Malaysia tetap komited untuk memastikan keselamatan maritim dan menggesa komuniti pesisir pantai serta para pelaut untuk berhati-hati semasa cuaca buruk dan sentiasa waspada amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

FILIPINA PULANG2
 
FILIPINA PULANG3
 
FILIPINA PULANG4

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA ZON MARITIM TANJUNG MANIS

TANJUNG MANIS, 22 Mac - Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima lawatan dari Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 4 PgKB I Ts. Andy Anak Alie bersama rombongan dan di sambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang, pada pagi semalam.

Lawatan ini bertujuan sebagai lawatan kerja rasmi oleh pihak JBPM Sibu untuk menjadikan Pejabat ZM Tg Manis sebagai penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi persediaan awal untuk mendapatkan persijilan EKSA dan dijadikan contoh kepada Agensi/jabatan lain di sekitar Sibu.

Selain itu juga, lawatan ini turut telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara Zon Maritim Tanjung Manis dengan JBPM Sibu bagi bertukar pendapat serta berkongsi maklumat mengenai hala tuju dan kata sepakat dalam mengharungi tugasan sebagai Agensi Penyelamat terutamanya melibat kecemasan di laut seumpamanya.

Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Hafizuldin bin Mahmud@Hamdan, Pegawai-Pegawai JBPM Zon 4, Ketua Balai Sibu Sentral dan Pegawai Balai Bomba Tanjung Manis.

 

WhatsApp Image 2023 03 22 at 10.29.43   WhatsApp Image 2023 03 22 at 10.29.43 2
     
 WhatsApp Image 2023 03 22 at 10.29.43 3   WhatsApp Image 2023 03 22 at 10.29.43 4

MRSC KUCHING MENGKOORDINASI EKSESAIS SAREX TAHAP 3 BERSAMA PELBAGAI AGENSI DALAM OPERASI CARILAMAT DI NEGERI SARAWAK

KUCHING, 5 September – Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah melaksanakan Eksesais Mencari dan Menyelamat atau Search and Rescue Exercise (SAREX) MN Sarawak Level 3 Bil.1 Tahun 2022 bermula pada hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali berkata eksesais SAREX akan berlangsung selama empat hari, bermula pada 5 hingga 8 September yang akan dikendalikan oleh MRSC Kuching bertempat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) dan sekitar perairan Tanjung Po - Muara Tebas.

Eksesais SAREX tahap 3 ini melibatkan 21 agensi iaitu Maritim Malaysia, MKN, PDRM, PPM, PGU, TLDM, TUDM, JBPM, APM, JPLS, JLM, KKM, CAAM, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sarawak Coast Guard, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pejabat Daerah Kuching, Hospital Umum Sarawak, Persatuan Nelayan Negeri Sarawak dan Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak dengan kekuatan seramai 134 orang.

Tujuan Eksesais SAREX tahap 3 MN Sarawak ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan pelaksanaan dan pengendalian Operasi Mencari Dan Menyelamat (CARILAMAT) di MRSC Kuching disamping untuk menguji Prosedur Tetap Mencari Dan Menyelamat Maritim Malaysia supaya dapat meningkatkan persefahaman, keupayaan untuk mengkoordinasi dan memantapkan hubungan kerjasama antara Maritim Malaysia bersama agensi yang terlibat dalam Operasi CARILAMAT di perairan negeri Sarawak.

Martim Malaysia juga turut ingin memaklumkan kepada orang awam terutamanya komuniti maritim berkenaan eksesais SAREX tahap 3 fasa laut yang akan dilaksanakan di sekitar perairan Tanjung PO melibatkan pengoperasian aset laut serta udara sepanjang latihan berlangsung.

Komuniti maritim turut dinasihatkan agar tidak panik dan dimohon untuk menjauhi kawasan latihan serta memberi laluan sewajarnya sehingga latihan tamat dijalankan pada 7 September lebih kurang pada jam 4 petang.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544.

WhatsApp Image 2022 09 05 at 3.50.15 PM 2    WhatsApp Image 2022 09 05 at 3.50.15 PM 1 

SAMBUTAN HARI POLIS KE – 216 : ZON MARITIM MERSING ERAT HUBUNGAN KERJASAMA

MERSING, 20 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing, telah menghadiri sambutan Hari Polis Ke – 216 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Mersing sempena memperingati jasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menabur bakti kepada negara pada jam 8.00 pagi tadi.

Sambutan Hari Polis Ke - 216 ini diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Superintenden Polis, Abdul Razak Bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Mersing, Yang Dihormati Deputi Superintenden Polis, Sharif Shai bin Sharif Mondoi, Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Ketua-ketua jabatan daerah Mersing, Ketua Balai, Pegawai Kanan, dan pegawai-pegawai awam yang lain.

Majlis dimulakan dengan istiadat perbarisan kehormat dan disusuli dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, dan Sang Saka Biru sebagai pembakar semangat kepada semua anggota beruniform dan pegawai - pegawai kanan yang hadir.

Seterusnya kemudian diikuti dengan ucapan amanat Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh Yang Dihormati Superintenden Polis, Abdul Razak Bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Mersing.

Hari memperingati Hari Polis Ke - 216 ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin, Kolonel Zorkeflee bin Hassan, wakil Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) Kem Iskandar, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norman bin Noh, Ketua penolong Pegawai Daerah Mersing, Zairul Adila bn Hj. Zani, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Mersing, Faizal bin Mohamad, dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing, Kapten Nur Najibah binti Abdullah.

Upacara diakhiri dengan nyanyian lagu “Polis Sedia Berkhidmat” dan jamuan makan.

Maritim Malaysia berterima kasih dan amat berbesar hati kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Mersing, jabatan jabatan daerah Mersing, dan masyarakat setempat yang memberi kerjasama dalam memastikan keamanan dan keselamatan perairan Mersing.

 

 WhatsApp Image 2023 03 20 at 1.18.25 PM WhatsApp Image 2023 03 20 at 1.20.59 PM 1
 WhatsApp Image 2023 03 20 at 1.20.59 PM  

KUNJUNGAN HORMAT PMN JOHOR KE ATAS PANGLIMA 7 BRIGED, KEM MAHKOTA KLUANG, JOHOR

JOHOR BAHRU,26 Ogos - Pengarah Maritim Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima 7 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Mohamed Fauzi Bin Kamis, di pejabat beliau pada jam 9 hingga 10 pagi tadi.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk bersuai kenal dan bertukar pandangan bagi Pengarah Maritim Negeri Johor yang baru.

Antara perkara yang dibincangkan ketika pertemuan adalah mengenai program National Task Force (NTF) peringkat negeri Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. Turut dibincangkan mengenai kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi-agensi yang terlibat di dalam NTF.

Panglima 7 Briged juga merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan ini dan berbesar hati atas kesediaan APMM khususnya Maritim Negeri Johor dalam bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia khususnya Kem Mahkota Kluang, Johor.

 IMG 20200826 WA0039   IMG 20200826 WA0037 
     

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC