02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KAPAL MT PABLO TERBAKAR, PENCARIAN TIGA KRU MASIH HILANG DITERUSKAN

JOHOR BHARU, 2 Mei - Operasi CARILAMAT kapal tangki MT Pablo yang dilaporkan terbakar semalam telah memasuki hari kedua dengan misi pencarian tiga orang kru kapal berkenaan yang masih hilang dilaksanakan pasukan SAR yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Mangsa berkenaan dikenali sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34 masing-masing merupakan warganegara India. Seorang lagi mangsa ialah Sabit Shenderovsky, 37 warganegara Ukraine.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, seramai 25 orang kru MT Pablo berjaya diselamatkan.

Daripada jumlah berkenaan empat orang kru mengalami kecederaan serius di tangan, pinggang dan kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan di sana.

Datuk Saiful menambah, sebuah pesawat udara AW 139 milik Maritim Malaysia bersama sembilan buah aset laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Johor dan Pasir Gudang dengan kekuatan seramai 136 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini.

Sehingga waktu ini aset yang terlibat di dalam Op CARILAMAT ini sedang mempergiatkan usaha untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui. Kawasan pencarian oleh pasukan SAR dibahagikan kepada empat sektor dan telah diperluaskan sehingga 71 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Semalam, kapal tangki MT Pablo yang berdaftar dari Gabon, Afrika dengan jumlah 28 orang kru terdiri daripada warganegara India, Ukraine, Rusia dan Pakistan sedang dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura sebelum terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili pada sekitar pukul 3 petang.

 

MT PABLO 3   MT PABLO 4   MT PABLO 5

 

12 KES BERPROFIL TINGGI TUMPAS, NILAI KESELURUHAN TANGKAPAN LEBIH RM13 JUTA

PULAU PINANG, 28 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan OP KHAS PAGAR LAUT tahun 2023 dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah lebih RM13 juta.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan dua minggu pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25 April yang lalu.

12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah tiga (3) kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, dua (2) kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), satu (1) kes cubaan mencuri, satu (1) kes cubaan rompakan berkumpulan, tiga (3) kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan dua (2) kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak.

Saifuddin turut memaklumkan daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, pihak Maritim Negeri Johor telah berjaya menumpaskan kes rompakan bersenjata melibatkan empat (4) orang warganegara tempatan di Pelantar Aurora Producer 1 di Tanjung Langsat, Johor pada 24 April lalu. Kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana Merompak Secara Berkumpulan.

Beliau berkata demikian pada sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas sempena OP KHAS PAGAR LAUT di KM BURAU hari ini.

Turut hadir sama pada sesi berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), merangkap Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Hj Mohd Amin.

Saifuddin turut berkata kejayaan OP KHAS PAGAR LAUT ini adalah usaha berterusan Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia.

Melalui tindakan berterusan seperti ini beliau berharap Maritim Malaysia akan dapat mengurangkan sekaligus menghentikan aktiviti jenayah seperti penyeludupan PATI serta penyeludupan barangan kontraband, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan banyak lagi.

Sungguhpun OP KHAS PAGAR LAUT akan berakhir pada 30 April nanti, Maritim Malaysia akan meneruskan kawalan dan rondaan di perairan negara dengan beberapa operasi lain di seluruh negara.

 

MDN OP PAGAR LAUT 2
 
MDN OP PAGAR LAUT 3

PROGRAM PENERAPAN NILAI MURNI TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI DI MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 22 April – Bertugas pada Aidilfitri, bukan perkara asing buat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan di laut.

Justeru, Maritim Negeri Perak telah menerima lawatan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim sebagai pemberi semangat kepada anggota yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.

Kunjungan ini juga bertujuan bagi memastikan anggota yang bertugas dalam musim perayaan sentiasa bersiap siaga dan komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akup, tugas ini perlu digalas dengan ikhlas demi menjaga kepentingan serta kedaulatan negara.

Tambah beliau, kebiasaannya pada musim perayaan, Maritim Malaysia berdepan dengan pelbagai kes kecemasan di laut yang memerlukan tindakan pantas dan maklum balas segera terhadap sebarang aduan yang dilaporkan.

Lawatan juga turut dilakukan ke pejabat anggota bot Maritim Negeri Perak di Kampung Acheh, Setiawan.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan sempat meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada para anggota sebelum memulakan operasi di laut pada musim perayaan nanti.

Justeru, komuniti maritim diingatkan supaya peka terhadap cuaca dan sentiasa mengamalkan tatacara keselamatan di laut bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Sebarang kejadian kecemasan, orang ramai diminta untuk menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737

 

TKPL RAYA 2

MEDEVAC | MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN PENERBANGAN IHSAN

KUANTAN, 25 April – Satu operasi penerbangan ihsan (π‘€π‘’π‘‘π‘–π‘π‘Žπ‘™ πΈπ‘£π‘Žπ‘π‘’π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›) bgi membawa seorang wanita mengandung dari Pulau Tioman ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan telah diaktifkan Maritim Malaysia, pagi semalam.

Helikopter jenis Agusta Westland AW139 telah diaturgerak bagi membawa pesakit, waris bersama tiga pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Kuantan.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima permohonan penerbangan ihsan pada 11.20 pagi untuk membawa pesakit yang bakal melahirkan anak dalam keadaan berisiko tinggi. Pesawat diterbangkan daripada Stesen Udara Maritim Subang dan tiba di Pulau Tioman pada pukul 1.45 petang.

Juruterbang pesawat, Leftenan Komander (M) Mohd Nurul Fakhri bin Abdul Hamid bersama pembantu juruterbang, Leftenan Komander (M) Muhammad Mahathir bin Ahmad beserta 2 kru udara berlepas dari Pulau Tioman ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 sekitar jam 3.25 petang sebelum disambut oleh pasukan perubatan HTAA serta pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang.

Respon pantas pasukan penyelamat di kala seluruh negara masih didalam suasana Hari Raya Aidilfitri membuktikan Maritim Malaysia bersedia segenap masa dan ketika sesuai dengan mottonya Mengawal, Melindung, Menyelamat.

 

MEDEVAC 2
 
MEDEVAC 3

OP BERSAMA | MARITIM MALAYSIA DAN AADK TEGAS BANTERAS AKTIVITI PENYALAHGUNAAN DADAH

MERSING, 19 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing, telah mengadakan satu operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Mersing di sekitar perairan Mersing pada jam 8.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, operasi itu bertujuan mencegah dan membasmi sebarang kegiatan jenayah terutamanya aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim setempat.

Hasil pemeriksaan pasukan operasi dari kedua-dua agensi berjaya memeriksa enam buah bot nelayan tempatan termasuk sebuah bot memancing ikan beserta kru.

Dalam pemeriksaan mendapati, seorang kru vesel warga tempatan didapati positif dadah setelah melalui ujian saringan sebelum diserahkan kepada pihak AADK untuk tindakan lanjut.

Operasi Bersama ini melibatkan sebuah bot ronda Maritim Malaysia PERKASA 31 dengan kekuatan seramai 12 anggota dan pegawai Zon Maritim Mersing serta pegawai dari AADK daerah Mersing.

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan operasi seperti ini bersama jabatan dan agensi penguatkuasaan yang lain dari semasa ke semasa dalam mencegah salah laku jenayah di zon maritim Malaysia khususnya di perairan Mersing.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan dan orang awam khususnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi memastikan perairan negara terkawal dan keselamatan negara terpelihara.

 

WhatsApp Image 2023 04 19 at 19.07.53 4   WhatsApp Image 2023 04 19 at 19.07.53 3   WhatsApp Image 2023 04 19 at 19.07.53 2   WhatsApp Image 2023 04 19 at 19.07.53  

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC