13
Sab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

DUA NELAYAN WARGA MYANMAR DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUALA KURAU, 9 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama dua nelayan warga Myanmar di kedudukan 2.4 batu nautika selatan Pulau Sangga Besar Perak pada sekitar jam 9.50 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata bot itu ditahan semasa pasukan operasi sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Bot itu dikesan sedang bergerak dan diberhentikan untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan menemukan seramai dua orang nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur 28 dan 40 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 5-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 08 09 at 10.12.40 1

MARITIM MALAYSIA TAHAN LIMA LELAKI, SITA 28,000 LITER DIESEL BERSUBSIDI

KOTA TINGGI, 8 Ogos – Sebuah 'anchor boat' bersama lori tangki dipercayai membawa muatan kira-kira 28,000 liter diesel bersubsidi serta sebuah pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM3.3 juta telah disita Zon Maritim Tanjung Sedili kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak secara haram lewat malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, bertindak atas maklumat risikan bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke Muara Sungai Paloh, Pasir Gudang pada jam 12.30 tengah malam tadi bagi menyiasat aktiviti yang mencurigakan di kawasan itu.

Setiba bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, terdapat sebuah 'anchor boat' dan sebuah lori tangki berada berhampiran dengan hos dan pam minyak bersambung antara satu sama lain.

Pemeriksaan lanjut mendapati, 'anchor boat' dikendalikan oleh tiga kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga tempatan dan warga Indonesia berusia antara 29 hingga 64 tahun.

Ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai muatan diesel yang dipercayai dipindahkan dari lori tangki di lokasi berkenaan.

Maritim Malaysia turut menahan dua lagi suspek yang berada dalam pacuan empat roda di lokasi kejadian terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar berumur 48 dan 58 tahun kerana disyaki turut terlibat dalam aktiviti haram ini.

Kesemua mereka telah ditahan pada jam 3.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 135(c) Akta Kastam 1967, Peraturan 18 Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan lain-lain akta berkaitan.

Berdasarkan kejadian itu, Maritim Malaysia ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung penyelewengan dan ketirisan minyak bersubsidi.

 

Seludup edited
 
seludup edited 2
 
seludup edited 3
 
seludup edited 5

KAPAL TANGKI LAKUKAN 15 KESALAHAN DITAHAN

LABUAN, 6 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah kapal tangki kerana melakukan 15 kesalahan termasuk membawa diesel 190,000 liter tanpa sijil atau memiliki lesen dengan nilai anggaran melebihi RM400 ribu pada Sabtu, 5 Ogos 2023.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, kapal peronda yang sedang dalam rondaan OP SEJAHTERA, OP NAGA TIMUR, OP KHAS KUDA LAUT dan OP TIRIS di sekitar perairan kawasan Galian Minyak Samarang telah mengesan sebuah kapal tangki berbendera Malaysia lebih kurang jam 2.10 petang Sabtu di kedudukan 45.7 batu nautika Barat Laut Pulau Labuan.

Hasil pemeriksaan ke atas kapal itu mendapati terdapat tujuh kru kapal di mana enam kru ialah warga Indonesia dan seorang kru warga India berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun.

Setelah diperiksa, kesemua kru kapal tangki berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan pelbagai kesalahan lain iaitu vesel tiada 'Master', lesen perkapalan dalam negeri (DSL) telah tamat tempoh, tiada senarai krew, tiada 'Cargo Manifest', tiada 'Declaration On Anti-Fouling Certificate', tiada dokumen insurans kapal, dokumen 'Safety Equipment' tamat tempoh, dokumen 'International Load Line' tamat tempoh, dokumen 'Cargo Ship Safety Certificate' tamat tempoh dan dokumen IOPP/Form B (Marpol Annex 1) tamat tempoh.

Selain itu tiga kesalahan lain yang dikesan ialah kapal membawa diesel kira-kira 190,000 liter tanpa sijil / lesen Petroleum Development Act (PDA), tiada resit / invoice pembelian bahan bakar serta disyaki menyeludup diesel dan tiada lesen bagi mengendali serta membawa bahan bakar (diesel).

Kes berkenaan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Petroleum 1984 / Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Pihak Maritim Malaysia juga mengesan satu kesalahan dilakukan di bawah Akta Kastam 1967 iaitu tiada 'port clearance' semasa pemeriksaan di samping satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu tiada dokumen Surat 'Control Supplies Act' (CSA).

Kapal serta barangan disita dan diiring ke Jeti Zon Maritim Labuan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai untuk melaporkan sebarang kejadian salah laku, kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 untuk maklum balas segera.

 

KAPAL TANGKI LABUAN 2
 
KAPAL TANGKI LABUAN

GAGAL KEMUKAKAN PENGENALAN DIRI, DUA NELAYAN WARGA MYANMAR DITAHAN

KUALA KURAU, 7 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot fiber bersama dua nelayan warga Myanmar di kedudukan 2.4 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam, Perak pada sekitar jam 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, kedua-dua nelayan itu ditahan semasa pasukan bot peronda Maritim sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur 31 dan 38 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan jentera utama bot itu telah diubah suai tidak seperti yang dilesenkan.

Selain itu, kedua-dua nelayan juga tidak memiliki kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan ditahan dan bot serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta pengubahsuaian jentera utama.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi ke atas pesalah yang ingkar.

Sebarang aduan dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 08 07 at 13.06.11 1

CARILAMAT | BOT KARAM, DUA KRU SELAMAT, TEKONG DIKHUATIRI HILANG

KUANTAN, 6 Ogos – Seorang tekong dikhuatiri hilang manakala dua kru lagi selamat dalam insiden sebuah bot nelayan tempatan karam dalam kejadian di kedudukan 26.8 batu nautika perairan Kuala Pahang pada 3 Ogos lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada pukul 3.10 petang semalam setelah Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima laporan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berkaitan insiden tersebut dan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi di sekitar lokasi berdekatan terus diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan operasi pencarian awal mangsa.

Berdasarkan maklumat daripada salah seorang mangsa yang selamat, bot berkenaan dikatakan telah dipukul ombak mengakibatkan ia terbalik sekitar pukul 2 pagi pada hari kejadian.

Situasi itu mengakibatkan dua mangsa yang terselamat itu sempat berpaut pada tong minyak dan hanyut kira-kira 14 batu nautika dari lokasi kejadian sebelum ditemui dan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan berhampiran sekitar pukul 9 pagi.

Menurut mangsa juga, bot telah karam sepenuhnya dan mereka tidak pasti sama ada tekong, Mat Riffin bin Awang Kechik, 66, warga Thailand turut terjun ke laut atau tidak kerana ketika insiden tersebut tekong berada di dalam anjungan bot tidak barbaju dan hanya berkain pelikat. Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa tidak memakai jaket keselamatan.

Operasi CARILAMAT diteruskan dengan keluasan sektor pencarian hari kedua kira-kira 22.95 batu nautika persegi dengan membuat pemantauan di sekitar lokasi bot karam dan turut dibantu oleh bot nelayan tempatan.

Sebarang aduan dan maklumat berkenaan kejadian terbabit boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

A

Lebih banyak artikel..

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

𝗗𝗶𝗿𝗴𝗮𝗵𝗮𝘆𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂,

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC