02
Kha, Mei

Grid List

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM MALAYSIA PERKASA STRATEGI MEMBANTERAS AKTIVITI BOT NELAYAN ASING

 KUANTAN, 20 Julai –  Dua tekong bersama 27 awak-awak Vietnam menerima padah apabila didenda lebih dari RM3.3 juta di Mahkamah Seksyen Kuantan semalam kerana didapati melanggar Akta Perikanan 1985.

Bagi pertuduhan pertama, Hakim Mahkamah Seksyen Kuantan, Mohd Kafli Che Ali menetapkan tekong tersebut, Huynh Ta Qui, 32 didenda RM2 juta manakala lima awak-awak yang berusia diantara 26 hingga 53 tahun didenda RM200 ribu setiap seorang serta boleh dipenjara selama tiga hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan maklumat pendaftaran bot nelayan lain ataupun klon. Bot tersebut sebelum ini ditahan oleh Bot Ronda Maritim Malaysia dikedudukan kira- kira 24.2 batu nautika timur Muara Sungai Nenasi Rompin, pada 7 Ogos tahun lepas. Mahkamah memerintahkan bot tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia. Hasil lelolangan rampasan seperti hasil laut serta bekalan diesel dianggar bernilai hampir RM1.5 juta.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan tekong bot nelayan warga Vietnam, Tran Van Van, 55 didenda RM40 ribu manakala 22 awak-awak didenda RM15 ribu setiap seorang di mahkamah yang sama. Jumlah keseluruhan denda yang dikenakan bagi kes tersebut adalah RM370 ribu.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadap mereka mengikut seksyen 15(2) Akta Perikanan 1985 iaitu memuat, memunggah serta memindahkan hasil perikanan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Terdahulu, bot tersebut ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia di perairan Pulau Tioman, pada 31 Mac tahun lepas sebelum kes diserahkan kepada Maritim Negeri Pahang untuk tindakan siasatan bagi tujuan pendakwaan. Mahkamah juga turut memerintahkan bot tersebut dikembalikan kepada pemilik asal tertakluk kepada bayaran kos penahanan sebanyak RM50,000.00. Selain itu, lelongan hasil laut dan minyak diesel berjumlah RM116,060.00 juga diperintahkan mahkamah untuk dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia, Haryati binti Abdullah dan Farahah binti Mohd Nazari.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, hasil keputusan mahkamah kali ini merupakan satu kejayaan kepada Maritim Malaysia dalam usaha berterusan mengekang pencerobohan nelayan asing Vietnam daripada terus berleluasa menjarah hasil laut negara sehingga menyebabkan pendapatan nelayan tempatan terjejas dan menjurus kepada kenaikan harga ikan pasaran tempatan.

Maritim Malaysia sentiasa memastikan perairan negara selamat dan bebas daripada kegiatan pencerobohan nelayan asing dan melindungi khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing. Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

0bbfd0af 7b42 461e 8de2 98244aae8232    2a92d6e7 edc1 4f77 8ce4 5eed21910ca2
Grid List

KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.

Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.

 

PERBARISAN ANZAC
 
PERBARISAN ANZAC 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC