08
Rab, Mei

Grid List

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MENTERI DALAM NEGERI LAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA

DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA

VESEL ASING INDONESIA DITAHAN MARITIM NEGERI SARAWAK

20 LAGI SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

DSA & NATSEC ASIA 2024 | RERUAI MARITIM MALAYSIA TERIMA REAKSI POSITIF PENGUNJUNG

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA INTAI SISTEM DAN SENJATA TERKINI

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP 'INFOTAINMENT' PAMER KEHEBATAN

DSA & NATSEC ASIA 2024 | BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN

MARITIM PAHANG TERUSKAN OPERASI, BENDUNG KLUSTER IMPORT

KUANTAN, 29 Januari – Maritim Negeri Pahang akan terus memperketatkan rondaan laut melalui pemantauan di sekitar sektor operasi menerusi Op Makmur dan Op Khas Kuda Laut di kawasan tanggungjawab perairan negeri ini bagi membendung jenayah rentas sempadan khususnya yang membabitkan kemasukan bot nelayan asing Vietnam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran bin Daud berkata, tujuan utama membendung kemasukan bot nelayan asing ini adalah bagi mengelak risiko penularan wabak koronavirus (COVID-19).

"Statistik pada tahun lalu, sebanyak 20 tangkapan bot nelayan asing telah dilakukan manakala pada awal tahun ini, satu kes tangkapan pengedaran dadah dan dua bot nelayan asing berjaya digagalkan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Tambah beliau, warga komuniti maritim diingatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan yang boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Bagi nelayan tempatan yang turun ke laut pada musim tengkujuh ini, mereka perlu menyediakan peralatan keselamatan yang secukupnya seperti ditetapkan dalam syarat lesen. Antara peralatan perlu ada ialah jaket keselamatan dan pelampung, bot mereka juga perlu dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) serta alat perhubungan radio," katanya lagi.

Amran menasihatkan nelayan, supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah keselamatan sepanjang musim tengkujuh ini yang menyebabkan terdedah dengan angin kencang serta ombak kuat. Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

 WhatsApp Image 2021 01 28 at 4.12.13 PM  WhatsApp Image 2021 01 28 at 4.12.14 PM
 WhatsApp Image 2021 01 28 at 4.12.14 PM 1  WhatsApp Image 2021 01 28 at 4.12.14 PM 2
Grid List

DSA & NETSAC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA KUNJUNGI RERUAI DESAN SHIPYARD & TURKISH AEROSPACE

KUALA LUMPUR, 6 MEI - Maritim Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi reruai pengeluar-pengeluar kapal terbesar seperti Turkey iaitu Desan Shipyard. 
Sesi lawatan di reruai tersebut diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim bersama barisan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia. 
Tidak ketinggalan, lawatan diteruskan lagi dengan mengunjungi reruai Turkey Aerospace yang mempamerkan pelbagai jenis pesawat berserta teknologi terkini yang digunakan dalam operasi pertahanan dan keselamatan. 
Reruai Turkey Aerospace itu turut menyaksikan pertemuan bilateral antara Maritim Malaysia bersama Timbalan Menteri Pertahanan Turkiye, Dr. Celal Sami TüFEKCi dan Laksamana Muda (UH) Cengiz FİTOZ yang merupakan Timbalan Komandan Turkey Coast Guard.
TURKISH DSA
 
TURKISH DSA 4
 
TURKISH DSA 3
 
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC