TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB
PUTRAJAYA, 17 November - Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim bin Hj Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Operasi TKP(O) Maritim Malaysia akan bersara wajib pada 18 November 2020, esok.
Perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam bermula dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 26 tahun dan memasuki Maritim Malaysia pada tahun 2006. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan sepanjang tempoh perkhidmatan yang melibatkan Operasi Penguatkuasaan, Siasatan, Sumber Manusia, Dasar dan Penyelarasan Eksesais Maritim sehingga beliau menjawat jawatan kedua tertinggi dalam agensi pada Ogos 2019.
Beliau juga telah menyumbang banyak kejayaan kepada Maritim Malaysia khususnya dalam aspek operasi seperti OP NAGA, OP BENTENG dan OP KUDA LAUT, selain di lantik sebagai Timbalan Komander di dalam National Task Force (NTF).
Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau dan diraikan dalam majlis JasaMu DiKenang serta istidat โstreet liningโ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.
Berikutan itu, Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia turut diadakan di Pejabat Maritim Malaysia dengan disaksikan Ketua Pengarah, Laksamana Maritim, YBhg. Datoโ Mohd Zubil bin Mat Som serta barisan pegawai dan anggota penguat kuasa maritim seluruh negara.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Hassan, menerima tugas selaku pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia mulai esok, 18 November 2020.
Serentak dengan Majlis Jasamu Dikenang juga dilangsungkan majlis Pelancaran Buku Maritime Domain Awareness (MDA) yang merupakan sentuhan terakhir beliau sebelum meninggalkan Maritim Malaysia ini.
Majlis JasaMu Dikenang ini juga turut meraikan 14 pegawai dan anggota yang telah dan bakal bersara daripada Ibu Pejabat serta negeri.
ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM
PUTRAJAYA, 5 JUN โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.
Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.
Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.
Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.
Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.