πππ’π₯ π¦ππ§ππ₯, ππ³ π’π΄πΌπ - seorang nelayan maut setelah mengalami kecederaan di kepala ketika menangkap ikan di kawasan Perairan Pulau Bunting awal pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.25 pagi tadi.
Sebuah bot bersama lima anggota segera digerakkan ke ke lokasi 5 batu nautika barat Pulau Bunting. Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi tersebut, mangsa Mohd Radzi bin Che Omar 32 tahun dipercayai berasal dari Kampung Pintu Gerbang, Beruas Perak mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.
Menurut tekong bot tersebut mangsa mengalami kecederaan akibat terhantuk pada kayu pancang pukat ketika sedang menaikkan pukat.
Mangsa kemudianya dibawa ke jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di jeti tersebut.
Mangsa disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mahmad Faizal berkata, sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 047310579.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai β Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Aβifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.