20
Isn, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

KOTA KINABALU, 13 Mac - Satu cubaan mengebom ikan berjaya dipatahkan Zon Maritim Kota Kinabalu di kedudukan 0.55 batu nautika Tanjung Tavajun pada 6.40 petang semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli bin Abdulah, bot ronda Maritim yang melaksanakan Operasi Sejahtera dan Operasi Naga Timur di sekitar perairan Kota Kinabalu semalam telah mengesan sebuah bot pam yang kelihatan mencurigakan, setelah menyedari kehadiran bot Maritim krew pam bot tersebut cuba untuk melarikan diri dan berlaku aksi kejar mengejar dan dalam masa yang sama kelihatan krew bot pam itu membuang tali sauh ke laut dipercayai bahan letupan. Menurut anggota bot terdapat seramai empat orang krew bot pam berkenaan telah terjun ke laut dan berenang menuju ke daratan berhampiran.

“Bot pam yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan memiliki hasil tangkapan ikan lebih kurang 50 kg. Apabila diperiksa oleh anggota Maritim antara hasil ikan yang dibom adalah ikan-ikan batu karang. Bot pam tersebut telah dibawa masuk ke jeti APMM Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat”, jelasnya.


Menurut beliau lagi, bot pam tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya). Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda dibawah seksyen 25 (a) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan asing atau orang yang berkenaan itu ialah rakyat negara asing, dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap orang dalam hal pemunya atau nakhoda, dan enam ratus ribu ringgit dalam hal tiap-tiap anggota kru. Manakala denda yang boleh dikenakan untuk warganegara di bawah seksyen 25 (b) tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Aktiviti bom ikan ini bukan sahaja salah disisi undang-undang laut negara malah membawa kesan negatif pada ekosistem laut, antaranya kemusnahan pada batu karang yang menjadi habitat kepada ikan-ikan kecil dan hidupan laut yang lain. Selain kemusnahan kepada ekosistem laut aktiviti mengebom ikan ini juga boleh menyebabkan kecederaan dan boleh menyebabkan kematian kepada si perlaku dan mereka yang melakukan aktiviti menyelam”, jelasnya.

Rosli turut menegas bahawa Maritim Malaysia akan terus melakukan operasi dan risikan bagi membanteras aktiviti bom ikan ini. Selain itu tidak ada kompromi kepada mereka yang mendalangi aktiviti tersebut.

Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti mengebom ikan yang berlaku di sekitar perairan Kota Kinabalu ditalian Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 dan talian MERS 999.

 

KK PR 12 MAC 2    KK PR 12 MAC 2 
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC