05
Ahd, Mei

Grid List

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

SEBUAH BOT NELAYAN DAN KAPAL TUNDA DITAHAN MARITIM MALAYSIA TAWAU DISYAKI LANGGAR SYARAT SAH LESEN

TAWAU, 13 NOVEMBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah kapal tunda disyaki telah melakukan kesalahan di sekitar perairan Tawau, hari ini.
 
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot peronda yang menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan tanggungjawab telah menahan sebuah bot nelayan tempatan sekitar jam11.15 pagi di perairan Timur Laut Sungai Dumpas, Tawau.
 
 Pemeriksaan mendapati, bot nelayan terbabit sedang menjalankan aktiviti perikanan  kurang daripada 2 batu nautika dari daratan terdekat. Seorang juragan lelaki dan dua awak-awak llaki dewasa warga Indonesia masing- masing berumur dalam lingkungan 27 hingga 34 tahun memiliki dokumen pengenalan diri ditahan termasuk bot nelayan ditunda masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut. Kes seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Perikanan Tawau.
 
Pada masa yang sama, Pihak Maritim Malaysia turut menahan sebuah kapal tunda tempatan sedang menuju ke Tawau dari perairan Kalabakan sekitar jam 12.15 tengahari.
 
Ketika ditahan, kapal tunda terbabit sedang menunda muatan kayu balak. Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat juragan dan dua awak- awak warga Indonesia berumur dalam lingkungan 29 hingga 43 tahun.
 
Dua awak- awak yang diperiksa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala juragan kapal tunda telah mengemukakan dokumen pengenalan diri telah tamat tempoh serta dokumen meragukan sebagai juragan serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda semasa diperiksa.
 
Juragan dan awak- awak termasuk kapal tunda ditahan seterusnya diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk pemeriksaan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
 
Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.
 
bot nelayan1 Web tugboat2 1 Web

Sumber : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau

Grid List

MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN

PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.

Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.

Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.

Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.

Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.

 

MN PP PPM 2
 
MN PP PPM 3
 
MN PP PPM 4

 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC