03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) KANAK-KANAK LEMAS DI PANTAI KEMAYANG

BACHOK, 24 DISEMBER - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika beriadah di Pantai Kemayang, Bachok semalam telah ditemui lemas di Pantai Cherang Laut, Kelantan awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim (M) Erwan Shah bin Soahdi berkata, Pusat Operast Maritim Negeri Kelantan telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) susulan menerima laporan kehilangan mangsa kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Susulan menerima maklumat, Maritim Malaysia telah mengaturgerakkan Bot Penyelamat 7 ke lokasi pencarian dan Operasi CARILAMAT mangsa dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sekitar jam 10.30 pagi tadi, mangsa telah ditemui meninggal dunia di Pantai Cherang Laut, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas, sebelum mayat mangsa dibawa oleh Polis Diraja Malaysia ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, Kelantan bagi tujuan siasatan lanjut.

Terdahulu, mangsa, Muhamad Irfan bin Mohd Affendi, 9 tahun, dilaporkan hilang ketika sedang mandi-manda bersama ahli keluarganya. Menurut ibu mangsa, Puan Kartini binti Mahmod, mangsa ketika kejadian memakai baju berwarna biru putih dan seluar trek berwarna hitam.

Dalam kejadian sekitar jam 6.40 petang itu, mangsa telah ke pantai bersama kedua ibu bapanya, Mohd Affendi bin Ya, 44, dan Kartini binti Mahmod, 44, serta adiknya, Muhd Hadif, 6, atas permintaan mangsa sempena cuti sekolah dan sebelum menjalani upacara berkhatan pada minggu hadapan.

APMM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan, khususnya ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan pantai, terutamanya melibatkan kanak- kanak.

CARILAMAT SEL
 
CARILAMAT SEL2

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC