PELABUHAN KLANG, 3 OGOS – Sebuah vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas B yang leka menangkap ikan di perairan Kapar ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Negeri Selangor dalam satu operasi malam semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan itu dilakukan kira-kira pada jam 9.00 malam oleh bot ronda maritim di sekitar 4.1 batu nautika barat Kapar.
“Pemeriksaan mendapati vesel terbabit dikendalikan oleh seorang tekong, dan seorang kru wargatempatan yang masing – masing berusia 49 dan 55 tahun,”
“Vesel nelayan ini didapati melanggar syarat sah lesen kerana menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter yang dilarang dalam operasi penangkapan ikan di bawah Akta Perikanan1985.” katanya.
Terdahulu, ketika pemeriksaan dilakukan, satu gulung pukat tunda serta kira-kira 50 kilogram ikancampur hasil tangkapan vesel terbabit telah ditemukan.
Kedua-dua kru bersama vesel dan hasil rampasan telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, PulauIndah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakanlanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan penangkapan ikan menggunakan mata pukat kurang dari 38 milimeter.
“Maritim Negeri Selangor akan sentiasa mengatur gerak aset bagi menjalankan rondaan untukpencegahan aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut, selain penguatkuasaan akan terusdipertingkatkan bagi membanteras aktiviti perikanan haram di perairan negeri ini.”
“Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang,” tegasMuhaimin.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau aduan berkenaan aktiviti mencurigakan atau kesjenayah di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.


















.svg.png)

