KUALA KURAU, 15 JANUARI – Zon Maritim Kuala Kurau merampas 63 unit bubu naga dianggarkan bernilai lebih RM 7,590 di posisi 3.9 batu nautika barat Kuala Terung pada jam 7.15 malam tadi.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kurau, Leftenan Maritim Syuhadha binti Sharip berkata, hasil rondaan semalam mendapati penggunaan bubu naga masih berleluasa di sekitar perairan di sini oleh kerana kaedah pasang dan tinggal oleh pemilik bubu naga.
Pemilik bubu naga boleh didakwa dibawah seksyen 11(3)( c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.
Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Maritim Malaysia meminta agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.
Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau 05-7279919 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.



















.svg.png)

