LANGKAWI, 17 DISEMBER – 50 Pegawai Kadet Kanan Muda Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Siri 6/2024 julung kalinya mengikuti Latihan Seahorse Exercise yang telah berlangsung di Pulau Langgun, Teluk Mempelam, Langkawi, Kedah pada 12 hingga 15 Disember lalu.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah water confident, teknik menyelamat di air, asas ilmu kelautan, teknik asas kecemasan di laut, latihan navigasi malam, teknik menggeledah dan teknik ikhtiar hidup dan gotong royong membersih pantai.
Secara keseluruhannya, objektif program ini telah berjaya dilaksanakan bagi membentuk sahsiah diri dengan diberi pendedahan dalam pelbagai asas dan kemahiran ikhtiar hidup di samping memupuk semangat berpasukan bagi setiap diri Pegawai Kadet Kanan Muda PASKAM dalam aspek kepimpinan dan aktiviti sosial.
Terdahulu, PASKAM UniMAP Siri 6/2023 telah diberi tugasan untuk membentangkan hasil kerja berkumpulan mengikut tajuk yang diberikan oleh jurulatih dalam meningkatkan pemahaman Pegawai Kadet Kanan Muda PASKAM tentang bidang tugas dan fungsi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Pelaksanaan PASKAM di peringkat akar umbi memberi impak positif kepada Maritim Malaysia untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula di peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi untuk lebih mengenai Maritim Malaysia.





















.svg.png)

