SANDAKAN, 17 DISEMBER – Unit Penguatkuasaan dan Eksesais Zon Maritim Sandakan telah melaksanakan OP MONSUN 2024 yang melibatkan empat buah asetnya di Perairan Kawasan Tanggungjawab (KTJ) baru-baru ini.
Aset tersebut ialah KM KOTA BELUD, KM PINTAR, KM SERASAN dan KM TEBRAU yang melibatkan kawasan operasi di sekitar Perairan Sandakan, Kinabatangan, Pegasus Reef, Pulau Tetabuan, Pulau Libaran dan Beluran.
Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan operasi yang dilakukan serta menilai tahap kecekapan dan kesiagaan warga kapal bagi menentukan kapal dapat dioperasikan dengan cekap dan berkesan. Di samping itu, ianya juga dapat memperagakan kehadiran aset Zon Maritim Sandakan di KTJ semasa musim monsun ini.
Bermula dengan Fasa Pelabuhan, fasa ini melibatkan taklimat latihan dan evolusi yang dijalankan semasa operasi. Pemeriksaan dokumen dan peralatan di pelabuhan dilakukan bagi menentukan kesiagaan kapal dari segi persediaan dokumen, keanggotaan, material dan peralatan.
Seterusnya, Fasa Laut adalah fasa amali mengikut jadual latihan yang dirancang. Anggota kapal dikehendaki mempraktikkan tatacara pengendalian peralatan mengikut SOP. Selain itu, kerjasama penuh diantara seluruh anggota kapal dan pegawai turut dinilai semasa fasa ini berjalan.
Akhir sekali, Penilaian Kesiagaan Operasi dilaksanakan bagi mengukur tahap pencapaian kesiagaan operasi dan kompetensi seluruh warga kapal sepanjang dua hari OP MONSUN 2024 berlangsung.




















.svg.png)

