21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

SANGKAR IKAN DISERBU, ENAM PATI DITAHAN

LUMUT, 29 NOVEMBER – Enam tangkapan membabitkan pekerja warga asing dalam lingkungan umur 31 hingga 54 tahun dari Bangladesh dan Nepal telah dilakukan Maritim Negeri Perak di sekitar Pulau Pangkor dalam OP SANGKAR, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi bersepadu ini turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dan Jabatan Perikanan Kampung Acheh bagi memantau dan mengesan imigran serta pendatang asing tanpa izin (PATI) di sektor industri perikanan, khususnya di premis sangkar ikan sekitar perairan Perak.

Hasil pemeriksaan di lokasi pertama sangkar ikan, terdapat tiga lelaki warga Bangladesh dan Nepal bekerja di sangkar berkenaan dan tidak memiliki permit kerja serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Serbuan seterusnya dilakukan di lokasi sangkar ikan kedua dan menahan tiga lagi lelaki warga Bangladesh dan Nepal yang melakukan kesalahan yang sama.

Kesemua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk disiasat

di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 25 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 1.6 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, Perak pada sekitar jam 8.05 minit pagi hari yang sama.

Kesemua bubu naga itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dengan penemuan objek mencurigakan iaitu bendera yang diikat pada pancang kayu bersama pelampung dipercayai dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dirampas itu dianggarkan bernilai hampir dua ribu ringgit dibawa ke darat untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia ingin menegaskan, penggunaan bubu naga di perairan negara adalah satu kesalahan dan pemiliknya boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Individu yang melakukan kesalahan itu sekiranya tertangkap dan disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 atau 999 untuk maklum balas segera.

 

SERBU SANGKAR 2
 
SERBU SANGKAR 3
 
SERBU SANGKAR 5
 
SERBU SANGKAR 6
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC