LUMUT, 17 NOVEMBER – Sebuah bot bersama dua pemancing warga tempatan yang berdepan detik cemas diselamatkan Maritim Negeri Perak selepas bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada jarak 0.7 batu nautika barat daya Pulau Katak, Perak petang semalam.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, dalam kejadian itu salah seorang mangsa telah menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak untuk bantuan kerana bot hanyut disebabkan enjin bot tidak berfungsi.
Bertindak atas aduan, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah mengatur gerak aset ke lokasi bagi mengesan dan memberi bantuan kepada mangsa.
Mangsa, Muhammad Nurafiq bin Ahmad, 25 dan Muhammad Iqhwan bin Mazlan, 26 ditemukan dalam keadaan baik bersama bot sebelum diiring ke jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia menasihati komuniti maritim agar membuat persediaan sewajarnya sebelum turun ke laut dan menangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan laut bergelora.
Pakai jaket keselamatan, bawa alat komunikasi dan disarankan memiliki peranti Personal Located Beacon (PLB) bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 untuk tindakan segera sekiranya mempunyai aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut.




















.svg.png)

