MIRI, 12 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Maritim Negeri Sarawak bersama pasukan sahabat telah melakukan tinjauan keselamatan udara menggunakan pesawat Bombardier CL415 milik Maritim Malaysia yang bermula semalam di sekitar perairan Miri.
Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, tinjauan yang dilakukan selama dua jam itu adalah bertujuan untuk memantau sebarang aktiviti mencurigakan bagi memastikan keselamatan di perairan Sarawak khususnya di Miri sentiasa berada di tahap tertinggi.
Hasil pemantauan mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan dan kelihatan kapal-kapal dagang melakukan aktiviti perkapalan seperti biasa, pemantauan turut dilakukan di kawasan pelantar minyak yang terdapat di perairan Miri.
Jelasnya lagi, tinjauan ini bukan hanya sekadar pemantauan rutin keselamatan di perairan negara tetapi juga menjadi platform bagi mengukuhkan kerjasama dengan agensi sahabat iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).
Hari pertama tinjauan keselamatan udara ini telah disertai oleh Ketua Polis Sarawak, Dato' Macha anak Ata, Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga anak Chabu dan wakil UKPS, DSP Sahamran bin Ibrahim.
Manakala tinjauan pada hari kedua telah disertai oleh Pengarah MKN Sarawak, Tuan Mohammad Haffizie bin Putit, Ketua Cawangan Khas PDRM Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh bin Abdullah, wakil Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman dan Ketua Cawangan Khas PDRM Miri, DSP Bobby anak Bana.





















.svg.png)

