PELABUHAN KLANG, 8 JULAI – Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot keranamembawa lebihan penumpang pada jam 1.00 petang semalam.
Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin binMuhammad Salleh berkata, bot penumpang itu ditahan Maritim Malaysia dalam OP EHSAN dan OP TIRIS 3.0 ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Ketam lebih kurang 0.3 batu nautika Selatan Tanjung Harapan.
Hasil pemeriksaan mendapati, vesel itu membawa 45 orang penumpang yang melebihi had dibenarkan dan tidak memakai jaket keselamatan.
Bot penumpang itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru warga tempatan masing-masing berusia 19 dan 40 tahun.
Kesemua penumpang dibawa ke Jeti Pulau Ketam diiring aset MaritimMalaysia.
Nakhoda, kru dan bot ditahan sebelum dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin(PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat MaritimMalaysia dan tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan iaitu melebihi 11 orang dan tidak memakai jaket keselamatan.
Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 / Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 03-89957820 untuk maklum balas segera.




















.svg.png)

