05
Sab, Sep

Grid List

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

ZON MARITIM KUALA KEDAH TAHAN TIGA VESEL GENTIAN KACA LANGGAR SYARAT SAH LESEN

KUALA KEDAH, 3 JULAI – Zon Maritim Kuala Kedah menahan tiga vesel gentian kaca yang disyaki menggunakan peralatan menangguk siput yang tidak dibenarkan dalam satu rondaan rutin OP AMAN dan OP TIRIS 3.0 di kedudukan 3.0 batu nautika muara Kuala Kedah pada jam 9.00 pagi semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, tiga vesel bersama 10 kru nelayan tempatan berkenaan ditahan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan aktiviti menangguk siput dengan menggunakan peralatan sangkar besi.

Hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga bot itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan kesalahan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua bot, enjin beserta hasil tangkapan seberat 210 kilogram dianggarkan bernilai hampir RM300 ribu dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

 

KEDAH LESEN 4
 
KEDAH LESEN
 
KEDAH LESEN 6
 
KEDAH LESEN 3
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA RENTAS AGENSI BANTERAS PERDAGANGAN ORANG, PENYELUDUPAN MIGRAN

PUTRAJAYA, 4 SEPTEMBER — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh peranan dalam membanteras jenayah rentas sempadan menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Antiperdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Bilangan 1 Tahun 2026 di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH CP Datuk M. Kumar a/l S. Muthuvelu, dan menghimpunkan wakil agensi penguatkuasaan serta pihak berkepentingan bagi memperkukuh tindakan bersepadu dalam menangani kegiatan perdagangan orang dan penyeludupan migran.

Maritim Malaysia diwakili oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah, yang turut mengetengahkan kepentingan pengukuhan aspek siasatan, risikan dan penguatkuasaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan melalui laluan maritim.

“Kerjasama rentas agensi amat penting bagi memastikan tindakan terhadap sindiket perdagangan orang dan penyeludupan migran bukan sahaja tertumpu kepada pelaku di lapangan, tetapi turut menjurus kepada rangkaian, pembiaya dan dalang yang menggerakkan kegiatan jenayah berkenaan,"

"Maritim Malaysia komited memperkukuh keupayaan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara tidak dieksploitasi oleh sindiket,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu berlangsung.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, penguatkuasaan dan kedaulatan perairan negara, Maritim Malaysia terus memperkukuh pendekatan penguatkuasaan, perlindungan dan pencegahan dalam menangani kegiatan perdagangan orang serta penyeludupan migran melalui laluan maritim.

Sepanjang 2026, Maritim Malaysia merekodkan 12 kes penyeludupan migran, hasil tindakan penguatkuasaan, rondaan dan risikan yang dilaksanakan secara berterusan di zon maritim negara.

Dalam usaha melumpuhkan keseluruhan rangkaian sindiket, Maritim Malaysia turut memperluas kerjasama strategik dengan National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) melalui penerapan elemen Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) dalam siasatan berkaitan.

Pendekatan berkenaan membolehkan siasatan diperluas kepada aspek kewangan bagi mengenal pasti pembiaya dan dalang utama yang mendapat keuntungan daripada kegiatan jenayah tersebut.

Mesyuarat turut memperkukuh fokus Maritim Malaysia terhadap fungsi hakikinya di Zon Maritim Malaysia dan kawasan 'hotspot' sempadan perairan negara, sekali gus membolehkan sumber manusia, aset, risikan dan operasi penguatkuasaan ditumpukan secara optimum.

Kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta NSO MAPO akan terus diperkasakan bagi memastikan usaha membanteras perdagangan orang dan penyeludupan migran dilaksanakan secara menyeluruh.

Komitmen berterusan itu mencerminkan kesungguhan Maritim Malaysia memperkukuh benteng keselamatan perairan negara, melindungi komuniti maritim serta memastikan laluan laut Malaysia tidak menjadi ruang operasi sindiket jenayah rentas sempadan.

Maritim Malaysia kekal komited memperkasa penguatkuasaan di laut, memperkukuh sinergi rentas agensi dan mempertahankan keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC